Monday, 16 December 2013

figure up bahaya

assalamualaikumm.

terus terang aku cakap,aku tak ada niat pun nak banned mane mane peniaga yang jual figure up nih.
sekadar peringatan buat kita semua supaya lebih berhati hati dalam memilih produk suppliment.






kalau tengok pada bahan bahan dan testimoni mesti tergerak gak hati nak beli kan. tambah tambah yang ada masalah berat badan. sabarrrrr....kalau korang baca ni mesti tak jadi beli punya.

figure up di khuatiri ada mengandungi siburtamine. kalau korang nak tahu, siburtamine ni memang di haramkan ada dalam ubat obesiti sebab boleh menyebabkan kesan yang serius pada buah pinggang,hati dan jugak jantung. kesan pada jantung ialah boleh menyebabkan degupan jantung tak menentu. selain itu siburtamine jugak menyebabkan masalah sukar tidur malam. korang tahu tak berjaga malam beberapa hari berturut turut boleh menyusutkan berat badan. boleh juga membuatkan muka seseorang menjadi cengkung. so sebab tu lah pengguna yang makan benda yang mengandungi siburtamine ni turun berat badannya. kalau camtu bek korang tak yah tidur malam ye dak? boleh kurus. ini tak, nak tido banyak,pastu bila badan macam doraemon mula lah try produk yang entah ape yang ada dalam tu. 
korang boleh tekan link ni untuk membuktikan yang aku bukannya omong kosong sahaja..

kalau nak kurus,ada satu je cara dia.bersenam,jogging..no pain,no gain,no beauty. :)

byeeee.xo

petua untuk awet muda

assalamualikummm..

hai semua.hari ni aku nak share petua untuk kelihatan awet muda cara islam.

cantiknyaaa RCW. umur 40 tapi macam 20an.

petua 1 : sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,amalkan petua ini.urutkan wajah korang tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi di iringi selawat kepada nabi 3 kali.amalkan setiaphari urutan ini 
*well dulu masa baca ni,bangun pagi terus buat.bertahan sampai satu minggu jugak.lepas tu terus lupa haha

petua 2 : sejurus bangun pagi sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan di dalam mulut selama 10 saat.senang cita masa minum air kira dari 1 hingga spoloh. kemudian,baru teguk. kalau korang nak tahu,air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
*patutlah ayah aku selalu minum air sebelom mandi.hurmmm

petua 3 : amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari yang baik.contohnya isnin,khamis dan jumaat.selain itu amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.

petua 4 : semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat kepada nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaa di indahkan wajah seperti nabi yusuf.amalkan setiap pagi.
*must do.

petua 5 : untuk melihat wajah kita agak muda daripada usia kita,amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas.
senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kelian.

petua 6 : muka kita biasanya berminyak selepas bangun dari tidur. inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. gunakan jari telunjuk kedua dua belah tangan dan letakkan di dagu. pusingkan jari kalian ke pipi,pipi ke hidung,dan seterusnya ke bahagian dahi. lakukan setiap pagi di susuli enan meminum air suam sebelum sarapan pagi. ingat, jangan sesekali urut wajah koran dari atas kebawah kerana ia akan mempercepatkan proses penuaan.

camna? senang je kan nak kelihatan awet muda sentiasa.tak perlu make up mahal mahal. amalkan petua di atas dengan konsisten insyallah ada perubahan positif. kalau tak boleh amalkan semuanya, pilih je salah satu.tapi kena ingat tau, petua ni bukan kalau amalkan terus nampak awet muda.kena amalkan selalu.hasilnya mungkin time kita umur 30 atau 40 nanti. haaa, time tu lah kita akan dapat tengok. jangan terkezut kalau time umur kita 39 nanti,ada orang tegur 'cantiklah awak ni,macam umur 10 tahun.apa rahsianyaaa? '

awet tua T.T


kbye!

Saturday, 14 December 2013

pengalaman bersalin

assalamualaikummmmm

hai.boring dok mengadap youtube tetiba terlintas nak update pasal pengalaman aku bersalin baru baru ni. hehe. tak ada lah baru sangat pun. anak pun dah masuk lima bulan. masa mula mula aku check urine guna pregnancy test tu , rasa macam tak sangka pulak aku ni mengandung. dah la usia kandungan aku dah dekat dua bulan dah. memang aku ni jenis yang tak alert sangat.atau lebih tepat lagi tak ambik port sangat pun.

tanda tanda memang ada jugak such as kerap buang air kecil, tak datang period, nak makan yang manis manis je, ayam goreng yang favourite jadi cam nak mual bila kat mulut. memang kalau preggy kita akan jadi alah dengan makanan favourite. ada jugak yang alah dengan bau perfume. yang paling teruk lagi,alah dengan bau husband sendiri. nasib baik aku tak. aku pulak asyik nak cium bau ketiak husband je masa tido.lol :D

bila dapat tau mengandug tu, kami suami isteri buat derk je.haha. time tu kitaorang kat kelana jaya,masih belajar lagi. kiteorang wat ilek wat pis je. tak pegi monthly check up pun sebab kitaorang bajet nak buat semua tu kat kampung nanti. bila dah habis semester,haa amik kau. sebakul kena pot pet kat nurse. nurse cakap baby dah nak berjalan dah baru nak check.camnih la kan. husband wife same same muda.mentah lagi tu.pffftt

time ni baby dah 7 bulan.chubby je muka


actually banyak jugak komplikasi yang aku dapat masa mengandung ni. antaranya urine kotor dan hb rendah.memang satu family risau.yela,anak sulung kat dalam perut tu kan.macam macam ubat aku makan.macam macam nasihat aku telan.naik rimas dibuetnya.tapi aku positifkan diri.semua yang doktor,mak,sedara suh makan untuk kebaikan aku dah jugak baby dalam perut.bagi yang tak tahu ape tu hb rendah,meh dekat dekat nak cite.

hb rendah ni bermaksud darah kurang.eh betol tak ni.tah ye tah tidok kan aku ni.setahu aku laaa.hb rendah maknanya darah merah kurang.haaaa.bila darah merah kurang,camne baby dalam perut tu nak terbentuk. anything dari ibu akan diserap oleh baby dalam perut.so bila darah kurang,kemungkinan anggota badan baby tak dapat nak tumbuh ataupun terbentuk dengan sempurnanyaa.itu boleh menyebabkan kecacatan anggota badan.lebih teruk lagi hb rendah boleh menyebabkan kematian antara ibu ataupun baby. serem kan? google je.banyak lagi korang akan dapat.

hari hari selepas solat aku akan doa banyak banyak mintak tuhan selamatkan kami.aku dah usaha sehabis daya. berserah jela.pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 36.aku dijangka due minggu ke 38. dalam hati punya lah dup dap dup dap.takottt.pes time nak bersalin ni.hahahh.takot dia cam sama je aku rasa time nak ambik result spm dulu.ambik result tak sakit,nak bersalin ni sakit. tu je beza.huhuu.aku bersalin hari ke dua bulan puasa tahun ni. 12hb 07 2013 hari rabu. sehari sebelum sakit nak bersalin aku dah rasa lain macam dah.pagi sampai petang oke je.dapat puasa cam biasa.yang aku pelik,tak rasa pun lapar even sahur pagi tu aku makan ciput jer. petang tu siap tolong mak kat dapur. salunya time puasa aku akan rasa malas nak masuk dapor.letih la katakan.katakau.hee

malam tu aku tak g terawih pun pasal takot tak larat nak berdiri lama lama.padahal dua rakaat je pun.kui3
dalam pukul 10 malam lebih lebih camtu,perut aku rasa memulas semulas mulasnya.rasa nak berry pon ada.bila p toilet,dah tak rasa.dalam hati dah start cuak pasal aku ada baca kat google antara tanda nak bersalin,rasa nak berry.ohmai ohmaiiii.still terbayang lagi perasaan aku time tu.gundah gulunaa habis.
tapi kan,aku wat ilek je sebab aku tak nak bersalin.cam tak ada mood nak bersalin malam malam.malam tu aku tidur cam biasa.

dalam pukul 5 pagi mak kejutkan kami untuk bersahur.lepas sahur,solat subuh,and sambung tidur lagi.tetibaaaaa....perut aku rasa sakit sesangat. cek cek, ada kuar lendir darah.aku bagitau husband ngan mak aku.mak dah ajak p hospital dah,tapi aku tak nak. aku nak sambung tidur lagi. padahal perut time tu rasa cam sakit gila dahh.aku wat dunno je.mak aku,husband punyalah risau.pandai je aku pujuk husband aku suh tidur sama.last last dy pon krohhh krohh kat tepi aku.hahah lucu lak kalau ingat balik.
dalam pukul 10 pagi camtu,aku dah tak boleh tahan dah.terus aku kejotkan husband aku sebab memang tak boleh nak tidor.dan darah kuar makin banyak. terus kita orang ke hospital dengan kelam kabutnya.beg pakaian kemas time tu jugak sebab tak jangka pun nak kuar awal dak Irine ni.hehee

sampai kat hospital,doktor check jalan. masa sampai tu baru 3cm.tapi doktor cakap dia dah dapat rasa kepala baby nak kuar.doktor suh terus masuk labour room sementara tunggu jalan terbuka sampai 10cm.
mak atau husband tak boleh masuk selagi belum sampai masa nak bersalin. punyalah boring aku dok sorang sorang dalam wad tu.last last bukak fb.sempat lak tu chatting ngan Yah and bagitau yang aku dah ak bersalin.tehee. dalam pukul 3 tetiba rasa sakit GILA kat perut ni.time tu tak ada orang pun dalam ward.tak tahu nak cakap kat sapa.daam 15 minit aku menggelupur sensorang akhirnya nurse datang.terus aku bagitahu dia yang aku nak bersalin.sekarang.haha suka ati je kan.

boring.lambatnyaaa irine nak kuar. ambik gambar sat


nurse kelam kabut sebab aku dah mula meracau racau tahan sakit. lepas tu doktor dan beberapa orang jururawat datang.deorang suntik ubat pelali tapi ubat pelali tu tak ada kesan pun kat aku.aku masih dapat rasa perut berdenyut denyut nonstop.first skali deorang pecah kan air ketuban.and time tu lah baru deorang panggil husband  untuk temankan aku.sesi teran meneran pun bermulaa.aku ingat lagi time tu aku memang tak berdaya nak teran.badan aku memang lemah time tu. sampaikan aku bagitau doktor yang aku tak nak teran.cian baby.nak sangat kuar tapi mama nya tak nak teran. haaa.time ni lah peranan husband kat tepi. husband aku lah yang tak putus putus bagi semangat untuk aku. tiap kali aku bagitau dia aku sakit,dia usap usap kepala aku.aku memang tak kuat masa doktor,nurse suh teran.sampai la husband aku cakap dia dah nampak kepala anak kitaorang.dia cakap je camtu,terus dapat semangat untuk push.. aku tarik nafas dalam dalam dan teran sehabis daya sampai aku rasa baby dah selamat kuar..and doktor letak baby atas perut aku. dengar baby nangis dah boleh buat aku tarik nafas lega.alhamdulillah.semuanya selamat.tepat pukul 6.17 petang,lahirlah puteri sulung kami..aku pandang husband,laaaaaaa nangisss.await nangis,kan dah hilang macho tu.huhuu.akibat aku taknak teran,amik kau.3 jahitan :)

sakittt sangat bersalin ni.tak boleh nak gambarkan dengan kata kata.hanya orang yang dah rasa je tahu.kepada bakal ibu,selamat bersalin.haha.ape punya ucapan.semoga teran dengan bersungguh sungguh.jangan jadi cam aku.suka ati je cakap kat doktor tak nak teran.

our Wan Irine Aleesya


terima kasih ya allah atas augerah mu yang cukup indah ini. Wan Irine Aleesya, terima kasih kerana melengkapkan hidup mama dan papa.
Irine segala segalanya bagi kami sekarang tau.
be a good girl.
dengar cakap mama dan papa.
kami sayang Irine sangat sangat no matter what.

olololorrrrr :)



till then peeps.byee








Thursday, 12 December 2013

aku yang dulu bukanlah yang sekarang

assalamualaikum..




malam malam macam ni tak tahu nak buat apa godek godek album lama tengok gambar muka sendiri tak sangka dulu muka terok gila huh.
masa sekolah dulu muka aku oke je. kan aku pernah cerita yang seja pakai sabun D Putih tu, muka aku yang ada jerawat kecik, muka kasar, dah makin kuranggg. alhamdulillah,bersyukur gila time tuhh. tapi,lepas habis spm,aku ada terlibat dengan persatuan bulan sabit merah kelantan. dan berasa jugak lah jadi fasilitator perkhemahan perdana 4 hari 3 malam. paham paham  jela bila pergi kat tempat macam tu. dengan panasnya macam kat gurun sahara. 3hari aku tak mandi taw.huhhhuuuuuu


cer cari mana satu aku  :)



kenangan ngan kawan kawan.3 tahun berlalu.akhirnya lost contact :(



tengoklah betapa buruknya muka aku

muka berminyak tahap gila babeng

muka kusam gila walupun beberapa minggu habis khemah

pergi mall dengan muka burok. senyum pun nampak kena paksa kenn


alhamdulillah sekarang aku dah bebas dari masalah kulit. yang penting, jaga makan  dan jaga muka. camna nak jaga muka tu? jangan skip 3 benda ni. cuci muka,toner, dan pelembap :)




pye.XO




mama muda

assalamualaikum..

my princess, Wan Irine Aleesya

hai. camna nak start yeh.em emm k.yea,aku ni seorang perempuan biasa.eh ko ni dah kenapa fie?fine serius.
disaat semua kawan kawan sebaya sibuk mengejar cita cita,impian deorang,aku dah bergelar seorang isteri dan juga seorang ibu kepada seorang puteri yang comel llote.bukan senang tau nak pegang tittle ibu muda ni.  banyak sangat yang aku kena korbankan. masa tdur aku,masa shopping dan jalan jalan.kadang kadang jeles juga tengok orang lain berhuha huha dengan kawan masing2.pulak tu gi update macam macam tempat best,outfit uptodate,posing situ posing sini.arghh.tuhan je tahu dalam ati ni. 

tapi, bila tengok muka anak aku,rasa dia lain tau.dah tak rasa jeles,dengki ngan orang tu g shopping times square ( T.T ), pegi main air kat sunway lagoon, pegi bercanda di tepian pantai. terdetik jugak kat hati aku,bukan kah aku dah pernah lalui semua tu. zaman aku dah berakhir. aku sepatutnya kena bersyukur.pada umur yang masih muda tang tang tuhan dah tetapkan takdir untuk aku.which is aku akan menjadi seorang isteri pada umur 20. tuhan dah rancang yang terbaik untuk hamba hambanya.so kita kena terima seikhlas hati. :)

5 month 2 days


zaman muda. skang pun muda lagi uollsssz

apa apa pun, aku harap di usia muda ni, aku dapat sempurnakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan ibu sebaiknya. bukan mudah tau. yela,darah tengah muda.macam macam halangan aku kena tempuh. nasib aku dapat suami yang paham.bila aku nak macam macam,dia ilek jee. sambil dok tonyoh game candy crush tu sambil nasihat aku. sabar laaaa sabar laaaa. itu jer ayat dia. haha. someone pernah bagitahu kat kami. seronok sebenarnya ada anak time muda muda ni. seksok orang lain kalut ribut nak cari pasangan hidup,anak kita dah besar.kitaorang umur 40,anak dah 20.boleh buat member. wahhh tak sabarnyaaa :)

time gatai gatai dulu :p

oraitlahhhh. so kepada golongan yang mampu kahwin awal, elok la percepatkan.toksah couple couple. lebih banyak buruk dari baiknya. 

ok then. byee 




Sunday, 1 December 2013

my life my nyawa

assalamualikum 

dear Rabb.jangan kau ragut rasa cinta ini padanya. hidup matiku untuk dia..suamiku





kbye !




Molly Dolly BB Doll


assalamualaikummmmm.

hai korang, pernah dengar tak BB Molly Dolly? well produk ni memang tengah hot sekarang kat facebook. bloggers pun ramai yang buat review pasal bb ni. orait sekarang lets cekidaut review dari blogger yang memang tak dikenali pun ni. huhuu

yang ni packaging lama

new packaging


haaa.ni pulak model bb Molly Dolly haha.tipu je.emm so nak tahu bb ni best ke tak? kalau tengok tahap kelebaran senyuman kat pic tu dah boleh agak dah.hee
memang sangat sangat puas hati bagi yang tak suka make up tebal tebal macam aku. dulu dulu aku suka make up yang boleh menjadikan muka transform dari natural ke hantu cina. dah bertahun tahun aku dengan imej hantu cina,akhirnya dah boring. aku rasa cam natural lagi cantik sebenarnya :)

so this is my review 
- coverage yang amat perfect sekali
- ada satu colour je which is akan blend dengan warna skin asal kita 
- ni yang best.tahan sampai 8 jam gitu
- bila lama pakai,bb akan shining shining cam kulit orang korea
- i beas tahan sampai berbulan
- yang paling penting, at the end kulit tak rosak dan tak tumbuh jerawat
- pori pori mengecil
- memang suka sangatlah !

harga bagi 1 bekas rm40 lebih je, berbaloi kan?boleh beli kat facebook.kat mana? google sendiri lah.memang bertimbun. ada yang siap dengan free gift lagi. make sure beli yang ori tau.sekarang ni dengar ramai jumpa bb molly fake.so carefull

till then.xo





K Colly Sweet17 best !

assalamualaikummm :)

consumer K Colly Sweet17, Afifah


hello. kali ni entry pasal suppliment pulak. hahaha amacam? caya tak tengok testimoni tu? :)

actually,ni first time consume suppliment, sebelom ni aku memang titik beratkan sangat sangat penjagaan muka. sampai habis beratus ratus setiap bulan semata mata nak dapatan kulit muka yang licin dan putih.

masa tu kan tengah budak budak lagi. dalam kepala nak nampak putih je.pantang tengok iklan,mulalah dalam hati tu tekad nk beli jugak.memang perempuan di ciptakan dengan sifat mudah terpengaruh sebab tu target penjual kebanyakannya perempuan. cuba bagi testimoni, berkempen kat kaum laki.pandang sebelah mata jelaaa.silap silap kena maki -_-"

di saat orang lain tengah sibuk nak cuba Aura White, aku buat keputusan nak cuba KColly ni.
lets cekidaut review aku lepas consume K Colly selama dua bulan ni..

first week
*badan rasa ringan
*muka akan nampak glowing tiap kali bangun pagi
*bibir rasa lembap je

first month
*keluar mana mana tak pakai make up pun akan rasa confident
*pori mengecil
*setiap kali period,senggugut dah tak sakit sangat dah
*tak pakai toner,pelembap tapi still  nampak fresh muka
*warna tangan dan muka sekata yeayyy!

second month
*masalah jerawat time period jarang. sebiji dua je
*strechmark dah pudar haha
*jeragat kecil akibat make up dah pudar
*pendek kata bebas daripada masalah muka

pic sebelum consume k colly.see.jerawat jerawat kecil bertaburan yuckks

licin ke? bole laaaaaa




dannnnn yang paling penting ialah ni bukan sponsored post okai. ini berdasarkan dua bulan aku consume this K Colly. so aku harap post ni dapat membantu sapa sapa yang terasa nak cuba tapi still was wass.haa kali ni jangan ragu ragu lagi. ohya,hasil pada setiap orang berbeza. ikot penerimaan badan seseorang tu :)




so guys, selamat mencuba.. :)

till then.pye pyeeee