Monday, 16 December 2013

petua untuk awet muda

assalamualikummm..

hai semua.hari ni aku nak share petua untuk kelihatan awet muda cara islam.

cantiknyaaa RCW. umur 40 tapi macam 20an.

petua 1 : sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,amalkan petua ini.urutkan wajah korang tu dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi di iringi selawat kepada nabi 3 kali.amalkan setiaphari urutan ini 
*well dulu masa baca ni,bangun pagi terus buat.bertahan sampai satu minggu jugak.lepas tu terus lupa haha

petua 2 : sejurus bangun pagi sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan di dalam mulut selama 10 saat.senang cita masa minum air kira dari 1 hingga spoloh. kemudian,baru teguk. kalau korang nak tahu,air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
*patutlah ayah aku selalu minum air sebelom mandi.hurmmm

petua 3 : amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari yang baik.contohnya isnin,khamis dan jumaat.selain itu amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.

petua 4 : semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat kepada nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaa di indahkan wajah seperti nabi yusuf.amalkan setiap pagi.
*must do.

petua 5 : untuk melihat wajah kita agak muda daripada usia kita,amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas.
senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kelian.

petua 6 : muka kita biasanya berminyak selepas bangun dari tidur. inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. gunakan jari telunjuk kedua dua belah tangan dan letakkan di dagu. pusingkan jari kalian ke pipi,pipi ke hidung,dan seterusnya ke bahagian dahi. lakukan setiap pagi di susuli enan meminum air suam sebelum sarapan pagi. ingat, jangan sesekali urut wajah koran dari atas kebawah kerana ia akan mempercepatkan proses penuaan.

camna? senang je kan nak kelihatan awet muda sentiasa.tak perlu make up mahal mahal. amalkan petua di atas dengan konsisten insyallah ada perubahan positif. kalau tak boleh amalkan semuanya, pilih je salah satu.tapi kena ingat tau, petua ni bukan kalau amalkan terus nampak awet muda.kena amalkan selalu.hasilnya mungkin time kita umur 30 atau 40 nanti. haaa, time tu lah kita akan dapat tengok. jangan terkezut kalau time umur kita 39 nanti,ada orang tegur 'cantiklah awak ni,macam umur 10 tahun.apa rahsianyaaa? '

awet tua T.T


kbye!

2 comments: